Durian ohh Durian..



Hari Sabtu yang tersangt ceria. TENANG. Baru abes imtihan 5 hari. Pecah kepala. So.. hilangkan tension dengan memakan ape jua jenis makanan yang terhidang depan mata! haha.

Berita baek buat aku: parent budak dorm aku datang melawat. Apelagi.. kenyang ler kami-kami yang kelaparan. Aku yang memang mengidam nak makan durian (cam pregnant pulak!) Dapat sambutan hangat dari adeq-adeq.

Dilaungnyer nama aku nak makan durian ker dak? HoHo.. musti larr nak. mana ade x nak! janji durian. Tak kira lar bubur durian ke, durian yang tak dijadikan bubur ke ape ker janji santap! Teruk betul aku ney! Hahaha..

tengah sy0k-sy0k makan, sorang junior ney tanyer aku..

Junior : Akak,.. Akak memang suke makan durian ker?
Aku : Yurp! Kenapa?
Junior : Akak kl kat mana? Kampung ker Bandar?
Aku : Taman! Kenapa?
Junior : Akak orang kl, tapi gaya cam orang KAMPUNG!
Aku : WHAT? Kenapa?
Junior : Kita tak pernah tengok orang kl suke sangat makan durian.
Aku : Tak pernah tengok ker, tak pernah tahu?
Junior : .... sorry kak. Tapi, akak suke sangat makan rambutan.
Aku : Hahaha... makan selagi boleh makan. Jangan memudharatkan dah la.


Mungkin junior nie pelik kot.. Aku dok KL tapi gaya cam orang kampung. Suke makan durian pulak tu, pastu makan rambutan, cempedak, manggis dan .... senang kata season fruit.

Bukan apa.. aku nie jenis sapu sume makan yang bleh di makan. Atau lebih puitis lagi, aku nie jenis x memilih makanan. Tak cerewet! Sayur yang hidang kat dewan makan yang hampir nak jadik cam daun getah pun aku makan.

Janji bleh makan (x pikir pulak ade khasiat ke tak?) Sume pelik ngan aku. Sukun goreng pun bleh tercengang! Agaknyer aku ney bando sangat kerr?? ishh.. ishh.. ishh.. memang sukun tak der tanam depan rumah/ tepi/ belakang rumah, sebabnyer aku dok flat! Hadoii...

Klaka betul budak ostell ney. Durian bleh pelik Agaknyer, kalo aku makan sirih ngan gambir lagi pelik. ( aku makan sirih ker?? )

________________


* Dah terbiasa dok kat UK.. 4 tahun dek oii..
Cara makan da macam orang sini..
Sume bende makan , tolak kayu ngan batu jerr.



Qieshale3[sk8][42!]
sAtUrdAyeVeNIng,
28 July 2007,
3.30 p.m.,
d0RMsWe3tb3d!














CORETAN BUATMU SAHABAT !


Assalamualaikum,

Sahabatku **..

Segala kesyukuran kepada Allah, Tuhan yang masih menghidupkan kita hingga ke saat ini, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda.

**..,

Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia, wujud perasaan ingin sayang -menyayangi antara satu sama lain. Saya pasti awak juga sedar yang perasaan ini adalah satu anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Pastinya Allah juga inginkan perasaan yang diberi-Nya itu kembali kepada-Nya yakni Allah juga inginkan supaya hamba-Nya mencintai-Nya dan menyayangi-Nya.


Sayangnya **.., masih ramai yang lalai untuk mengetahui dan memahami hakikat ini, saya juga tidak terkecuali. Saya masih belum dapat merasai kecintaan terhadap Allah sepenuh hati. Saya masih berharap dan berusaha untuk merasai manisnya mencintai Allah seterusnya mendambakan mardhatillah.

**..,
Atas nama seorang sahabat, saya juga menyayangi awak. Bukankah Islam itu adalah agama yang penuh dengan kasih sayang sesama umatnya? Benar, memang saya menyenangi dan gembira bersahabat dengan awak.

Akan tetapi untuk meneruskan hubungan ini ke satu tahap lain bererti kita meletakkan harapan pada sesuatu yang tak pasti, manakala untuk bergerak kearah yang lebih pasti, kita masih terlalu muda; perjalanan dan perjuangan kita masih jauh. Masih banyak yang perlu saya capai dan pelajari sebelum ke arah itu. Saya khuatir seandainya hubungan yang kita bina ini tiada penghujungnya.

Sahabatku,
Melewati perjalanan detik masa ketika ini, saya rasa biarlah hubungan kita masih di batasan sahabat ataupun saudara sesama Islam. Janganlah sesama kita meletakkan harapan yang tinggi dalam hubungan persahabatan kita ini, kerana sesungguhnya kita masih kabur dalam meniti titian kehidupan merentasi edaran masa, pada masa hadapan.

Sahabatmu,
050707, Thursday,
1402 a.m,
~SeR3nE~