Cik Lelah

credit to flickr
  
Cik lelah ni dah hidup hampr 16 tahun dengan aku.  Kata mak, cik lelah ni menurun. Menurun  ikut salasilah keluarga. Banas, aku dan adik je yang kena.  Arwah atuk ada jugak cik lelah ni, mak takde. Kirenya mak ni pembawa je la. Pakcik aku dan sepupu aku pun kena gak dengan cik lelah ni.  Memang pengikat silaturahim lah cik lelah ni.

Cik lelah ni memang menyusahkan hidup. Sakit paru-paru, susah nafas tu satu hal lah. Kemestian. Yang ‘best’ sikit tu asyik kena pergi klinik amik nebulizer. Kalo bernasib baik, dapat la HO (dokter pelatih) yang hemsem sikit. Kalo setakat pembantu dokter tu memang awal-awal tolak tepi la. Bukan ape, saje nak cuci mata. Huahaha. Tapi kenapa mesti HO bukannya MO?? Hehe.. sape nak yang tua belake kann.. haha. Tapi, MO tak buat keje2 remeh ni dah. Kata naja, MO ni pun ade yang hensem. Haha ape punye taste daa. Bagi aku, MO ni penuh karismatik  sebab tu nampak aumm. Haha. 

Cakap pasal MO (medical officer)ni, waktu sekola menengah kat johor, aku adalah pelawat setia MO kat sana. Yang pasti tu klinik kerajaan la. MO tu pehh.. memang best lah. Islamic style nombor satu. Disebabkan banyak kali muka aku je yang datang sebab nak amik neb, dokter ni  tanyalah aku berkaitan  lelah aku yang makin menjadi-jadi ni. Sambil tu dia serkap jarang aku pasal pantang larang aku. Dah agak dah. Ishh dokter ni sajo jo.

Setelah berbual mesra sebagai seorang dokter dengan pesakit, dokter ni mule lah berceramah panjang lebar pasal cik lelah aku ni. Sebabnya aku sorang je pesakit hari tu. ++ pesakit setiap minggu lagi. Haha. Dokter kata bersungguh-sungguh pada aku supaya aku kenal jenis penyakit aku, ubat apa yang sesuai dengan aku dan paling penting cara control. Sebabnya dia kata, dia tak nak jumpe aku lagi tahun depan. :(

Apa yang aku ingat dan aku paham, cik lelah atau bronchiol asthma juga penyakit alahan seperti allergic rhinitis atau utricaria ni berlaku kerana penyempitan pada salur udara dan berlaku keradangan, dan terdapat lendiran yang pelbagai warna mengikut tahap nazaknya cik lelah ni.


Gejala awal yang terjadi pada aku ialah :

 - bila aku ketawa giler tak ingat dunia (selalunya pasal perangai kucing aku la) lepas tu komfem lelah. Sebab tu aku kurang ketawa.
- tengah malam tetiba dada sakit, sesak nafas dan start wheezing macam mozart.
-susah nak tarik nafas lepas kena round padang untuk panaskan badan sebelum main bola tampar.
-cuaca / suhu badan aku. Ada 1 masa dulu waktu aku tengah basuh pinggan aku boleh sesak nafas. Sebabnya mandi petang tu aku tak basahkan kepala. Jadi suhu badan aku tetiba mendadak naik.


credit to daily mail

Faktor pencetusnya cik lelah ni :

- genetik. tu memang realiti la. 
- alah pada makanan tertentu macam tembikai, nenas, pulut
- angin yang sejuk. (best memang best, tapi...)
- habuk, hama (bantal kena rajin jemur), debunga, haiwan berbulu halus atau berdarah panas macam kucing, anjing, arnab.
- asap rokok, asap bakar sampah, asap motor/ kereta, asap ubat nyamuk, asap kemenyan dan semua jenis asap.
- bahan-bahan kimia yang kuat baunya macam cat, spray nyamuk, spray lipas, spray semut. Pewangi bilik atau kereta macam ambi pure tu pon kena ikut tahap hidung aku ni. Pelembut baju pon ade sebahagian yang aku tak boleh bau. Gam kayu, gam gajah. (ni time dalam bengkel kemahiran hidup waktu fm 3)

Dokter kata komplikasi cik lelah ni ialah kegagalan pernafasan akut yang membawa maut. Memang tak seserius serangan jantung tapi bila tak dirawat dengan betul atau tak ambil berat boleh mengundang maut. Dokter pesan lagi, rawatan lelah ni bukan pada waktu kena serangan je. Ubat untuk setiap hari pun ada. Senaman ringan jangan tinggal, pantang makan minum dan berhati-hati dengan suhu. Paru-paru tu berharga bukan boleh tukar dengan paru-paru lembu. Kalo boleh memang berjasa besar lah lembu.


credit to blogger


credit to komkare


Aku tau 3 jenis ubat untuk 3 jenis keadaan yang selalu dokter bagi: 

1- Budesonide Inhaler (warna coklat) ni 2x sehari. Pagi dan malam untuk menstabilkan serangan lelah. Rasa memang pahit sikit. Tapi aku ok je. Dah 2 tahun sedut. Ubat ni untuk sape2 yang kerap kena lelah. Ubat ni jenis corticosteroid untuk mencegah lelah, walaupun sihat tetap kena amik juga untuk mengelakkan serangan lelah.

2- Ventolin Evohaler / Asthalin. (warna biru) Brand lain tapi kandungan salbutamol dalam  tu sama je. Ni gas yang sama untuk neb iaitu salbutamol. Tapi inhaler ni lagi mudah dan praktikal dibawa kemana saja. Untuk kanak-kanak lagi mudah.

3- Nebulizer (gas). Ni aku amik bile dah teruk sangat. Pakai neb ni kesanya lagi cepat dan paling terbaik masa kini. Paru-paru tersenyum lebar lepas amik neb. Kandungan gas neb ni tetap salbutamol. Lepas pekena neb ni, layan tidur lah. Hehe :D

Bulan seterusnya, aku pergi lagi klinik tu dan dokter yang aku syok tu tak nak rawat aku sebabnya dia tau aku tak selesa dengan dia. Maka, dokter perempuan je yang amik tender check paru-paru aku. Bagus betul dokter tu. Memahami. Aku memang kurang selesa dengan orang yang hensem2 ni. Tak fokus weyy. Haha. Apa2 pun, terima kasih banyak ye dokter asyik muka aku je yang amik neb dan asyik dapat surat cuti. Hehe.


__________

a minutes with MQA

got a date 3 days early to meet mqa and this is makes me SICK. department requires me to speak in arabic for the interview. basic arabic for sure. but it's goddam hard occay. i know what i am capable of but people still judging me by mine appearance. please knock your head before do something, can you?!!

waiting the q for taslian takes a half of day. crapp i am stuck with this situation again. waiting for something unnecessary makes my swing mood wake up. grrhhh!!!! ok, i am pretanding like everything was great just for my dean n deputy dean, h.o.d and rest of the lecturer. ++ i got smelly chicken on mine  free lunch meal . THANKIES people. Alhamdulillah.

pictures will uploaded later.

kesejahteraan perut semata

ni pelbagai aneka pasta yang ada dalam dunia. ter-google sebab tak pernah tengok. huahahaaa. malas nak upload gambar. klik jela. senang.

http://www.bbc.co.uk/food/tagliatelle


ni strawberry shortcake yang membuatkan kepala aku gile seminggu gara-gara main farmville, untuk kedai kek aku yang dah naik level. maka, dengan ''berat'' jari- jemari ni aku google resepi ni. untuk paling mudah nak fahamkan kepala aku ni, you tube jalan terbaik. kalau baca resepi takde praktikal, memang bertahun la nak faham. =.=




ni lasagna simple. memang sedap. kegilaan nak makan banyak kali angkara paklang belanja makan sebelum nidzam balik asrama kat secret resepi area sekolah nidzam kat PD. pekan ape ntah namanya. lupe pulak.




salad kentang/ potato salad ni teringat waktu sarapan pagi kat water chalet, PD bulan 3 yang lepas. kalau terbayang, boleh terasa dalam tekak dah. giler punya imaginasi!




ni burger basic yang menggiurkan. GILE. aku suka part cheese cair atas daging tu. kalo shoot tuh, pehhh.. memang tempek dalam flickr la jawabnya.




ni cheese cake yang mudah dan senang nak ingat. senang juga nak biakkan lelemak degil ni. haha..



ni lah keje aku bila ke-stress-an tak hilang-hilang. + boring tahap nak menggelupur. selain stalk ;p dan search bende-bende pelik dalam laman sesawang ni. usha barang shop online, layan movie, baca setting dslr, berita online, isu semasa isu bla bla bla..

aku tau sepatutnya aku ni kena hafal 'irab, buat latihan 'irab, baca teks arab, baca surat khabar Ahlan, baca berita sukan arab, buat esei arab, buat terjemahan melayu-arab, arab-melayu, melayu-english-arab, english-arab, english-arab-melayu. baca teori bimbingan & kaunseling, kurikulum sekolah, buat video pendek untuk teknologi pendidikan, usus ta'lim arabiyyah, upgarde skills istima' wa kalam & qiraah wa kitabah dan selesaikan rangka kasar untuk kelab fotografi & multimedia aku tu. pehh.. banyak betul komitmen. ~.-

andai dulu aku amik vet, gerenti tak dapat nak bermain dengan tepung dan gula. tapi, kenapa la aku tak serius amik bakery etc..? haishh maleh betul nak serabut pikir benda ni. ok, aku nak jadi translater sudah. kerja paling senang dan paling mencabar. salah tafsir salah makna salah maklumat, padan muka. haha..

tersentak

jelas menerangkan segalanya. aku tersentak bisu, kelu tanpa sepatah bicara. karya rash rozhams ini nyata menggambarkan situasi aku. bait ini meredakan sedikit demi sedikit kemarahan di jiwa 2 tahun lepas. sekarang kemarahan bertukar kecewa dan kecewa ini pasti akan berpanjangan tanpa sebarang kemaafan ikhlas dan telus daripada mereka. ya, mereka yang prejudis tuli dan buta.


Yang dungu adalah mereka
Cacat serba aneka
Prejudis tuli dan buta
Biarkan sahaja
Kebodohsombongan itu kan percuma
Yang mahal adalah ‘harga diri’ kita
Tak jumpa di pasaran terbuka
Terkunci di kaki syurga
Kita

Persetankan kenyataan dungu
Apa lagi anggapan palsu
Menuduh itu kan percuma
Yang mahal adalah ‘kesusilaan’ kita
Tak jumpa di lelongan pasaraya
Terlekat di pintu bahagia
Kita


swakarya: Rash Rozhams



Fatwa Hati: Yang Mahal Adalah 'Kita': "Adikku, Kau bukakan rahsiamu, satu persatu Dengan sekali paksa, Menelanjangi kesurupan minda Dan resah yang kau simpan dalam dada Yang mur..."

ni link blog rash rozhams. seorang Editor, Translator, Interpretor dan Penulis Lirik yang aku minat hasil penulisanya. mengenali beliau buat pertama kali di laman karya e-sasterawan 2 tahun lepas.

ketagihh?? NO LAH!


ni aku prt sc kan wall fb aku. bhahahahahaaa.. memang gile sesak dengan telur misteri, bushels stoberi la bushels gandum, kayu, paku dan segala nama untuk upgrade kebun tersayang menyemakkan wall aku yang dahulunya hanya untuk sesi ilmiah saja. hehee..

sakit otot-otot kepala memikirkan urusan yang tak sempurna lagi menyebabkan aku start aktif farmville untuk 2/3 minggu ni je. lepas ni dah tak de la nak aktif bagai macam sekarang. ni pun dah bersengkang mata semata tak nak stoberi aku hangus. haha..

oh ye, ada sorang jiran kebun aka makcik inggeris ni add aku semata-mata untuk meriahkan lagi kebun dia. huhu..

sold out! hampehh..




barang yang aku nak dah SOLD OUT! gile. ni la satu masalah bila nak beli secara online. cepat sangat sold out. ceewahh.. cakap macam gaji beribu riban pulak kan. haha. ni la satu penyakit aku bila tension nak mampuih dek tekanan perasaan, aku merayap tengok barang online. target nak beli lomo, tapi... dah habih jual. tu lagi menambahkan kemalasan nak jamu mata secara online. handbag pun dah kena cekup awal-awal. =.=

padahal last date promo isnin ni 8/11. hampehh. handbags yang tinggal semua tak berkenan kat mata. takpelah pakai beg guni jusco lagi baik.

MQA?? apekahh..


ni post wall dari tieka, classmate sem 4 aku. same department tapi aku juga dipilih untuk temuduga MQA. macam-macam mulut longkang berbau kata yang terpilih ni yang terbaik lah, lucky person la, bal bla bla.. n waktu temuduga nanti kena cakap arab? wattefish! aku memang tak tau ayat ape nak layan . 100% comfem aku clueless.

teringat waktu aku usul dulu, ada juga katanya nama aku naik untuk temuduga MQA ni, tapi disebabkan aku cepat-cepat tukar kos, so selamat waktu tu sikit. dan sekarang ni kena pulak. adooiii.. baik aku tanya x-coursemate aku pasal bende-bende ni.

aku dah terbayang andai aku dilantik menjadi speaker untuk lajnah aku ni, pehh.. ranap lah. ntah hape-hape aku sembur. hmmm... aku sangat tak sesuai. bagilah yang berkaliber sikit untuk naik pentas .

**takde mood betul cakap pasal ni. =.=

5 jam kredit je???


so, ni lah subjek aku untuk sem 2. warna biru tu je subjek yang available untuk aku. lagi 2 (warna merah tu) aku dah transfer kredit sem lepas. mungkin ada masalah agaknya bahagian JPA sebab tu still ada kat portal untuk register course aku ni. dah penat nak marah-marah.

maka untuk total credit hour, aku cuma ada 5 jam kredit sedangkan minimum credit hour ialah 9 dan maksimum ialah 24. tindakan sekarang tak lain tak bukan cuma TIDUR je la. sebabnya untuk subjek DPAI aku tu ada masalah takde lecturer walhal subjek tu 3 jam kredit. hmmm... zZZzzz.

cuma gerko je yang available untuk aku menghadirkan diri ke kelas. 5 hari kelas berjalan seperti biasa tapi aku cuma ada 2 hari untuk ke kelas selama 2 jam je. itu pun buat kerja 40% copy paste, 50% pikir sendiri dan 10% s/u yang buat kerja, tapi Tn Hj. Isham kata s/u akan dapat markah lebih hanya kerana kerja menulis/ mencatat minit mesyuarat dan bende ni aku tak setuju. hujah aku ialah, aku kena dapat markah lebih sebab aku yang master mind. aku yang pikir segala aktiviti berdasarkan pengalaman yang ada, aku yang merancang kasar segala benda, yang berhujah panjang juga aku, kenapa bukan aku yang dapat markah lebih?? tolong jawab.. huh, emo dah ni. hahahaha..

minggu depan aku nak tengok samada add subjek aku dah selesai atau belum. dah terlalu banyak kerja individu & group yang dah separuh jalan selesai, aku pulak tak jalan satu ape lagi. cuma gerko tu je lah.

BFF??

boy friend forever or best friend forever? with S or without S??

macam-macam hal budak sekarang ni. bff la, pakwe sejati la, makwe tersangat cute la. adoii.. hampagas sungguh surename tu. penat la nak dengar. tak suruh dengar pun aku dengar jugak sebab aku ade telinga. lain la aku ni pekak.


1 situasi + 1 dialog : ''mane gang akak? tak kan sorang-sorang je kot?''


mak aihh, pehal la pulak budak ni. aku dah malas nak jawab. blah tros. cuma aku cakap aku nak balik je. buang masa je layan soalan macam tu.

masalah kat sini, aku bukan takde gang ke hape, gang mafia aku kat luar kampus, pe barang lepak dalam kampus. adooiii cik adik manes, pikiaq la sikittt. budak baik macam aku ni, mane main gang2. aku super-personal-person la. kawan pun dengan orang atasan je. muahahaa..

dialog lagi: ''oo.. akak ni mesti tak cakap banyak kan? mesti cakap dengan orang pandai-pandai je kan?''

aku: ''hmmm'' je


dialog lagi: ''yelakan, akak kan family tengku. baru kita ingat.''

aku: hmm.. yelah tu.

dialog lagikkk: ''mesti bff akak kaya-kaya kann?? (intonasi yg cukup menggambarkan budak tu nak sangat cekop family tengku)

aku: '' .............. akak blah dulu la. ade hal sket.'' (padahal nak rumah, nak harverst stoberi aku)

__________________


bff?? (boy friend 4ever) hampes..

kawan yang sekepala dengan aku ciput je, dalam 10 orang. tu pun ade yang dah lost contact. masing terbang luar mesia. pahtu aku lak buat tak tau je, memang la parah. lagi-lagi masa aku kat sekola cerok kampung tu. susah nak cakap. aku ade juga try cari dalam fb, tapi dorang ni bukan jenis lagha macam aku. dorang ni bisness punye kepala. memang susah la nak sentuh fb. lain macam aku, ketagih farmville. hahaha..

ada 4 orang yang aku dapat contact via skype. tu pun aku gatal tangan search nama n nickname dulu-dulu yang dorang selalu pakai. nasibb je tu. lepastu berborak sakan tak ingat ade kelas esok. mentang-mentang kelas start pukul 11, aku layan sampai pukul 3 pagi borak punye pasal. esok memang COMPEM tak pergi kelas. alasan aku, add subjek tak keluar kat portal lagi. memang terbaikk lah. tidooo.....

so, bile dah berbual panjang nauzubillah macam takde full stop, habis semua kenangan dulu terkenang. bukan setakat mengimbau, siap ngumpat-ngumpat manja lagi. hahaha... memang pecah perut.

aku bangga la juga bila kawan-kawan lama aku ni berjaya giler. memang tumpang gembira jela. tu je kot yang mampu. aku ni bukannya ade harta warisan yang makan 20 keturunan tak habis-habis, aku ni biasa, taklah miskin, taklah papa, tak juga kais pagi makan petang, cuma kais berhari-hari makan sebulan. lain denga kawan aku ni, kais pagi makan setahun. dia ni memang bff terbaik. andai aku boleh putar masa.. ceewahh, berangan dah aku.


setakat ni aku lebih suka berkawan penuh makna daripada mencari cinta manusia yang seksa. khelasS$$Sss weii statement. muahahaa..




bosan dan penat

-- urusan akademik

2 kalimah ni rakan karib, bukan ba'iid. mengharungi 2 minggu pertama selepas daftar sem baru memang BOSAN dan PENAT. tu belum lagi nak face perangai manusia yg haremm ntah pape. seriusly im sick of u b****. enuff said. huh. marah.

setakat nak add subjek + transfer kredit je dah makan masa 3 minggu. lepas tu situasi mcm sial. aku cakap baik baik, balas macam nak mintak kaki. ape punye etika kerja hah? nak kata ko pakai tudung cecah lantai, tak juga. tudung jarang nampak leher nampak rambut gak. nak tengking aku macam kau gaji 18 ribu. wei, kau memang buat aku panas. kau ni baru kerje ke hape?!


-- classmate, coursemate

u'guys pun 1 hal. esp adik2, jangan la nak merenyam gedik getik sangat. ingat dah cukup comel cukup cun ke perangai macam tu?. MUNTAHH weii. syukur je tadi mood aku suam suam kuku. layann je mood kepala gile aku ni. buatnye datang mulut jahat aku ni memang sedap la kau.

good news, aku dapat sorang classmate aku yang boleh layan macam kepala aku ni. setakat ni dia memang orang yang aku cari untuk rujuk ape2 hal/masalah berkaitan study aku. aku harap dia boleh stick dengan aku sampai habis praktikal nanti. insyaAllah.

untuk subjek sem 4, aku memang tak nak add 1 pun subjek yang berkaitan. sem 3 pun dah berat. banyak komitmen kerja luar. kalau setakat subjek yang mengadap buku, aku tak kisah, layan la sampai 21 jam kredit pun tak pe. cehh.. macam la rajin sangat aku ni. haha..

gerko sem ni aku gabung dengan tesl b. ok la agaknya. tak ramai berbanding sem lepas, gabung dengan budak PI. dah la sesak, semak, sendat, sempit. huh, over pulak. harap harap budak tesl b ok je lah. opss.. pasal etika gelak ketawa tu tolong la concern sikit, sakit telinga la wei. orang lain pun gelak jugak, tapi takdelah sampai anak tekak nak terloncat-loncat kegirangan. buruk sangat audionya, apetah lagi visualnya ok?.


--umum

aku memang judge people by its cover, so kau nak belasah aku ke? hahahaha.. aku memang hidup dengan dunia aku sendiri. kalau setakat nak mendajal perempuan, silalah cari mangsa lain occay. nak deal dengan aku memang nahas la kau. think im sweet?? haha..

man n men again! arghh! OK, aku anggap kau ni budak sekolah lelaki yang baru jumpe perempuan, yang gagap dan kurang kemahiran mencelah semasa orang lain tengah cakap. boleh? nak tanya soalan paling bangang sekali jangan la waktu aku tengah uruskan sesuatu yang teramat penting, kau ni buta ke hape? kalau ye pun nak tanya sangat, esok esok la, ni... grrr kalau hilang sabar aku ni, memang free je kau kena tadi. nasib je aku ni pandai berlakon.





besday bash

to ame saif now in qairo




hope your birthday blossoms into lots of dreams come true. may today be filled with sunshine and smiles, laughter and love. happy birthday and many happy returns of the day. not just a year older, but a year better ;D

senyum seketika 2010

flokeh

brankeh

canon

si putih


sekadar menjamu mata. perlu memperbaiki skill lebih menggila dengan anas azraiee dan cik flickr. haha.. hakikatnya aku belajar sendiri semua setting yang aku nak dan tanya sifu-sifu aku. kalau dapat sifu perempuan senang sikit. hehe.. pasal nak outing shoot gambar je yang belum sempat. lagi-lagi bila naik sem baru ni lagi pack gila jadual aku. hmm.. gamba lagi


subjek sem depan memang sakit. harap aku sihat walafiat. ;D

cebisan pendapat yang disangkal

aku suka memperhatikan kehidupan manusia. ragam yang bergaram dan sebaliknya. ada orang suka gelak, suka cakap kuat-kuat, suka jalan bergerombolan dan ada yang suka buat tak tahu bila bersalah. aku? aku adalah sebaliknya. kadang-kadang, aku boleh naik marah dengan manusia sekeliling aku. aku ni pelik, untuk manusia yang tak berapa kenal aku. aku suka buat apa yang aku suka. apa kau susah? aku suka mood aku yang gila ni. sungguh. orang boleh cakap apa saja, kerana dia mempunyai pendapat sendiri. aku juga. tak percaya? jom berborak.

isu pendapat ni yang aku suka pasang telinga. manusia tu punyai pelbagai personaliti. yang membezakan hanya pendapat berilmu atau tidak. ada kawan bertanya kat aku, macam mana nak kenal lelaki lebih dekat. tapi tu soalan aku tak berminat. kerana aku tak ada masa nak pikir. tambahan, aku ni ego. so, aku blah awal-awal dari terjebak dengan persoalan murahan.

aku amalkan ego bertempat. mungkin lebih sedap lagi, berpendirian. contoh??

(merangkumi masalah kehidupan yang bosan. kelakuan yang sering disangkal)

- suka buat assingment solo. sebab: aku ada masa dan idea aku tersendiri. aku wajar dapat apa yang aku usahakan. aku benci orang bersenang lenang dengan hasil kerja aku w/pon tak seberapa. nak lambat-lambat atau lembab-lembab, ko boleh buat sendiri. aku ada banyak lagi benda lain boleh buat.

- presentation solo. kes sama macam kat atas ni.

- gaya sendiri. aku suka buat hal aku. aku diam, serius, dan nak ketenangan. nak memekak ko boleh masukkan kepala dalam jamban lepas tu jerit la kuat-kuat. nak cakap benda penting biar ikut hukum idzhar halqi. sms biar pendek tapi padat. kalau setakat nak sms tanya benda mengarut memang free kena label ''sial'' dengan aku. aku tak banyak cakap sebab aku malas nak cakap & mungkin takda benda menarik.

- isu lelaki & dunia coupling. isu paling boring sekali nak jawab. kalau nak makan penampar dan cacian lazat silalah bertanya jika aku ni ada pakwe dan seangkatan dengannya. kadang-kadang terfikir, matlamat bila remaja (14-19 ++20-23) ni nak bercinta je ke? tau tak aku ni banyak komitmen. banyak lagi hadith nabi aku tak baca dan tak paham, tu belum lagi bab nak ingat sekali nama-nama ulama' dan apa pendapat-pendapat mereka. al-Quran tu aku tak habis lagi nak hafal, kalau baca tu dah banyak kali khatam, ilmu sorf, nahu, balaghah, mantiq, tasawuf, feqh. ada kau nak amik tahu semua ni?? jawabb

- suka duduk rumah (homely type). suka hati aku la nak terperuk dalam rumah. bosan tau tak dengan karaoke tu, lepak-lepak shopping complex. lainla kalau aku ada masa lebih, baru jalan-jalan dengan kakak, adik n abang aku. kalau dengan members ni leceh la siket. tapi tak lebih daripada 5 jam. semua ni perlukan duit, dan duit sangat bernilai. duit akan hilang nilai bila keluar lepak-lepak dengan nawaitu saja-saja. ++ aku sakit mata bila jalan-jalan kl. maksiat tersebar. takut aku dengan wabak ni. baik aku lepak dengan mak aku sambil borak masalah taska dia.


nak judge aku macam mana rupa, terpulanglah.

bila nak mula ntah

harapan demi harapan setiap hari dan setiap masa, bulan demi bulan bahkan menjangkau tahun. ya, dah 3 tahun. belum lagi usaha-usaha lama yang dirancang bagai menggenggam bara biar menjadi abu tak lagi menampakkan perubahan. mungkin kurang motivasi ke arah itu. hmm..

mungkin perlukan masa lagi,

mungkin perlukan ruang sendiri,

mungkin perlukan ketenangan sejati,

mungkin perlukan minda suci,

mungkin perlukan notebook baru.

haha.. ''mungkin'' yang takkan mula.

percayalah.

im change.. haha




i got my rock moves
and i don't need you.

so what? blah blah blah



****




betul ke?













Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 16(16)
Right Brain Dominance: 16(16)
Right Brain/ Left Brain Quiz

matlamat

people asking me one of mine, and the answer is


I have no one. fullstop.
have a nice day with a nice smile pal.

telur, mystery gift, kuda.

dah lama xbukak farm aku. kenalah accept gift yang ntah beratus tuh. siap dah ada yg expired lagi. penat nak harvest. crops aku lak banyak dah hangus. bestt..

classmate aku main gak bende2 nih. xsangka.

mabuk tido.

gile betol tahap kengantukkan aku ni. hari sabtu (smalam) aku bantai tido sampai pukul 2 petang. bangun mandi, pastu sambung balik tido sampai pukul 7 petang. tak makan 1 hari. :D

selama ni aku tertanya sendirian, antara tido dengan makan mana yang perlu didahulukan. rupanya tido yang aku dahulukan. hmm.. perangai..

*tilam tak berlekuk macam kat asrama dulu2. hehe

hamburkan saja


hamburkan segala kutukan

biar bersih hatimu dari kotoran

untuk aku kau hidangkan

untuk kau merasa puas.


manusia

katakan apa saja yang terbuku dalam dirimu,

agar esok tiada lagi cemuhan

untuk aku yang semakin bosan.

perasaan yang perasan?


serba salah aku bile nak komen gamba kawan2 kat fb. (esp lelaki) kalo puji, kata nak ngoratlah, taktik lamalah hapelah. ntah ape2 ntah. aku sekadar puji je, gamba tu lawa@hensem@kacak n bla bla bla. tp disalah tafsir pulak. dahla salah faham, sedap menuduh plak tu. haishh.. kuno betol. setakat puji sket nak tepis2. ngelabah ayam btol.

setakat nak puji je dikira salah. kalo minah gedik getiks yang puji punyelah ligat bercengkerama. hampass! *matilerr emo! haha*

keadaan ni semakin bosan hari demi hari. ikutkan 'kebosahnan' aku ni, mau je delete mamat tu dari fb aku. tak taula aku nk describe macam mana. senang kata yang jenis ''ntah hape hape'' la. huru hara je lebih, isik tarak. >.<

haishh.. geram giler. saket jiwa nak suruh hati tenteram. sebaik minda waras. kalo tak, naya aku memvavikan ko dengan senang suka. *matilerr emo giler!*

aku puji member kau bukan kau lembu! suka suki nak tabur statement untuk aku. pigiirahh!!

kau hengat aku hingen sangat kat kawan ko tu? c'onla.. dia classm8 aku, bukan pakcik ko, atok sedara jiran ko ke, yang ko emo lebih pasal?? tak paham aku pe masalah hotak ko ni la.

aku ni takdek sekelumit perasaan yang perasan nak ngorat classm8 sendiri. cuma nak menegur2. dalam kelas takde masa nak bergurau senda lagi mesra. takde masa. dengan medium macam ni la nak menegur. tapi jangan over pulak.

if nampak aku terover kata, sila tegur dengan penuh hikmah. menegur sesama muslim dalam cabang dakwah juga. tapi biar sopan lagi beradap. aku taknak dengan kata2 kau tu ,aku menilai kau terus dari sudut negatif yang kau tu jenis macam ni macam tu.

so, nak kata ape pada mamat jenis macam ni?

♫ mine melody.



you'll feel what I feel
you'll see what I see
you'll beg as you wish

explain me . because you hurt me
don't reminds me . because you are my half soul

yang sakit itu aku.


bukan saja separuh hatiku sakit
malah seluruh kesurupan minda,
tanpa kata cinta,
tanpa sentuhan jiwa.

aku ingin kau pergi jauh,
sejauh yang mungkin,
tanpa toleh lagi kebelakang,
tanpa ragu,
tanpa sayang.

kerana yang menelan jadamnya aku,
yang merana juga aku.

kerana hati ini terlalu penat untuk kecewa.


package 1: a man with wavy hair. LOL!!


Long and Loose for Wavy Hair or curly hair. feel like hell weh. syok habis. cuci mata tengok mamat rambut gumpal2 smalam.. hehe. TERTENGOK sebenarnye.. yang xtahan tu, mamat rambut gumpal ni pergi masjid utk solat asar. lagi la aku macam beruk gile tepi jalan tu. LOL. bodo gile idea skodeng ni. haha.. seriously im fell in love with curly perms man.

*bangang la ko nih! dush dush!!

read chapter II. pheww..

when desire more than what should be done then, this is the result. read yourself. this is really what i want. to be a marine ecology researcher. but I have less academic qualifications. poor me.

http://marinebio.org/Oceans/marine-ecology.asp

perasaan

hari sabtu dan selasa hari untuk makan besar. rasanyelah. itupun kalo ade duit lebih. hmm.. tadi aku merayau rayap sensorang. akak balik rumah cheras. dia demam. aku stay bangi je. nak buat sikit keje. biar hantar awal. senang.

aku agak tertekan sebenarnye. no reason. haha.. ntahlah. conflix hidup aku. so, aku decided nak merayap kat pasar malam. nak carik pizza for dinner. cewahh, standard konon. padahal duit ciput je. haha.. check out pizza. rasanya harga sekotak dalam rm7.00. last year if i not mistaken. but, im shock. the price increase. rm 12 sekotak untuk meat pizza. kecuali pepperoni rm18. gosh! mahal nak mampos. cancel ah gini. then, tros aku blank nak beli ape. no ideas.

tapi pizza tetap dibeli. haha.. sengal. soalan, kenapa semua orang gembira kat pasar malam?

aku rasa, tengok, tapi kenapa perasaan ni tetiba sayu.. kenapa. aku fikir ape

aku nampak..

lelaki tu semangat menggoreng ketiew. pelanggan dia ramai. mesti sedap.

kanak-kanak kecil berlarian gembira. sambil pegang belon. mak dia jerit-jerit jangan lari.

budak lelaki ramai kat tempat parking moto. huru-hara. gelak kuat-kuat.

budak perempuan berbagai jenis tudung. tergelak gedik sana sini. kawan dia ramai.

aku nampak 2 orang pengemis. sorang tu bertentang mata dengan aku. dalam hati aku marah. aku benci dia pandang aku dalam keadaan sedih. aku tau dia susah. sedih. tapi aku? siapa nak tau perasaan aku. infact, aku benci orang tengok aku untuk raih simpati. full stop. hate much talk about this.

singgah kat gerai jual tudung. macam2 tudung ade. not interesting. no money n not in good feeling. mahal.

ternampak nasik ayam. hmm.. sedap. opss sory. not interesting.

kebab. no.

murtabak. no.

air soya.my fav. hmm.. no.

terserempak dgn sabri. dia pakai baju belang merah. macam prisoner. dia tegur aku. sory xperasan ko. aku bukan jenis tengok orang bile berjalan. sory. im on my focus.

kulit bawang merah bertebangan ditiup angin. masa seperti lambat berdetik. orang ramai sesak depan gerai bahan mentah. hmm.. sux people. kenapa langgar aku? cis.

tiba-tiba, terbau ikan. hanyir. aku ingat bau tu. tiap pagi. untuk si kaki empat yang rancak mengiau. aku rindu suara tu. ikan tadi kelihatan segar. menarik.

berjalan dan terus berjalan. deretan kedai baju+tudung. hmm.. lawa+ suit on me baju tu. tapi, rm45. as asual. "berapa after less? oh, ok. tanx" statement orang xde duit macam aku. tengok dan tengok. andai ade duit memang dah grab. alhamdulillah fikiran waras.

kedai baju lagi. gahh. benci betul. kenapa semua type yang aku nak muncul taktala duit tak mengizinkan? ok. sesungguhnya aku faham hikamah disebalik kejadian ni. ok sabar. less is better than more. tapi, baju tu memang lawa.

pusing balik untuk amik order pizza. hmm.. crowded people with crowded smells. shit. amik pizza. bayar. dan blah.

terpandang lagi pengemis tu. bukan aku xnak sedekah. tapi aku ragu, kenapa dia memilih untk mengemis sedangkan dia ade tangan untuk bekerja. bukan kerja untuk mengemis. kenapa? dia malas? xde siape nak tolong dia mohon kad OKU?

aku percepatkan langkah. penat dah. selalunya aku pergi pasar malam beli ape je yang perlu. dalam 15/20 minit je. tapi, ni dalam 40 minit. hmm..

singgah beli cekam rambut yang kecik. lama punya dah patah. aku suka jatuhkan. bukan suka, tapi selalu terjatuh. ajal. haha

terserempak dengan bitch. 4 ekor. shessh.. hilang mood. puhlezz

balik rumah. lalu kat laluan gelap. "perempuan dilorong gelap". haha..

double check moto. ok.

sampai rumah. bitches tu memekak. "sorang je ke?"

dalam hati, "idiot. stupid"

let eat pizza. haha.. kembalikan hati yang kecewa.

i've nothing to do, nothing to think. just sleep over a day. haha

watching this now


best layan ni. seriously best. after prison break. haha..
patrick jane, teresa lisbon, kimball cho,
grace van pelt n wayne grisby.
fuhh, terhapal aku nama dorang. haha
hmm.. syok habis tengok cho.

question: kenapa pilih orang tua?

answer: cute meh. serious beb. haha

question: sudahlah kau. suka sangat orang tua!

answer: bukan pasal tua la beb, reason is, cho is serious.

question: so, ko suka orang serious?

answer: of course ok. serious people hated to messed up.

question: tapi ade je orang tua yang xserious.

answer: depends la.. banyak ragam banyak garam, banyak gaa
question: banyak garam banyak pantai, banyak ketam. ok u've told me.
answer: oh did i?
question: yeah. u did. always told me. bosann!
answer: haha..