RSS

Ang Pow for this CNY maa...

Ang Pow, Ang Pow untuk CNY. lai lai lai.. celebrate this DRAGON YEAR with lengzhai pakwe meh.. opss! lai lai lai lai..
klik link  dibawah 


May the Dragon Year bring you luck! Wish ur friends with #MbbCNY e-card! & win yourself RM250 Ang Pow

Cik Lelah

credit to flickr
  
Cik lelah ni dah hidup hampr 16 tahun dengan aku.  Kata mak, cik lelah ni menurun. Menurun  ikut salasilah keluarga. Banas, aku dan adik je yang kena.  Arwah atuk ada jugak cik lelah ni, mak takde. Kirenya mak ni pembawa je la. Pakcik aku dan sepupu aku pun kena gak dengan cik lelah ni.  Memang pengikat silaturahim lah cik lelah ni.

Cik lelah ni memang menyusahkan hidup. Sakit paru-paru, susah nafas tu satu hal lah. Kemestian. Yang ‘best’ sikit tu asyik kena pergi klinik amik nebulizer. Kalo bernasib baik, dapat la HO (dokter pelatih) yang hemsem sikit. Kalo setakat pembantu dokter tu memang awal-awal tolak tepi la. Bukan ape, saje nak cuci mata. Huahaha. Tapi kenapa mesti HO bukannya MO?? Hehe.. sape nak yang tua belake kann.. haha. Tapi, MO tak buat keje2 remeh ni dah. Kata naja, MO ni pun ade yang hensem. Haha ape punye taste daa. Bagi aku, MO ni penuh karismatik  sebab tu nampak aumm. Haha. 

Cakap pasal MO (medical officer)ni, waktu sekola menengah kat johor, aku adalah pelawat setia MO kat sana. Yang pasti tu klinik kerajaan la. MO tu pehh.. memang best lah. Islamic style nombor satu. Disebabkan banyak kali muka aku je yang datang sebab nak amik neb, dokter ni  tanyalah aku berkaitan  lelah aku yang makin menjadi-jadi ni. Sambil tu dia serkap jarang aku pasal pantang larang aku. Dah agak dah. Ishh dokter ni sajo jo.

Setelah berbual mesra sebagai seorang dokter dengan pesakit, dokter ni mule lah berceramah panjang lebar pasal cik lelah aku ni. Sebabnya aku sorang je pesakit hari tu. ++ pesakit setiap minggu lagi. Haha. Dokter kata bersungguh-sungguh pada aku supaya aku kenal jenis penyakit aku, ubat apa yang sesuai dengan aku dan paling penting cara control. Sebabnya dia kata, dia tak nak jumpe aku lagi tahun depan. :(

Apa yang aku ingat dan aku paham, cik lelah atau bronchiol asthma juga penyakit alahan seperti allergic rhinitis atau utricaria ni berlaku kerana penyempitan pada salur udara dan berlaku keradangan, dan terdapat lendiran yang pelbagai warna mengikut tahap nazaknya cik lelah ni.


Gejala awal yang terjadi pada aku ialah :

 - bila aku ketawa giler tak ingat dunia (selalunya pasal perangai kucing aku la) lepas tu komfem lelah. Sebab tu aku kurang ketawa.
- tengah malam tetiba dada sakit, sesak nafas dan start wheezing macam mozart.
-susah nak tarik nafas lepas kena round padang untuk panaskan badan sebelum main bola tampar.
-cuaca / suhu badan aku. Ada 1 masa dulu waktu aku tengah basuh pinggan aku boleh sesak nafas. Sebabnya mandi petang tu aku tak basahkan kepala. Jadi suhu badan aku tetiba mendadak naik.


credit to daily mail

Faktor pencetusnya cik lelah ni :

- genetik. tu memang realiti la. 
- alah pada makanan tertentu macam tembikai, nenas, pulut
- angin yang sejuk. (best memang best, tapi...)
- habuk, hama (bantal kena rajin jemur), debunga, haiwan berbulu halus atau berdarah panas macam kucing, anjing, arnab.
- asap rokok, asap bakar sampah, asap motor/ kereta, asap ubat nyamuk, asap kemenyan dan semua jenis asap.
- bahan-bahan kimia yang kuat baunya macam cat, spray nyamuk, spray lipas, spray semut. Pewangi bilik atau kereta macam ambi pure tu pon kena ikut tahap hidung aku ni. Pelembut baju pon ade sebahagian yang aku tak boleh bau. Gam kayu, gam gajah. (ni time dalam bengkel kemahiran hidup waktu fm 3)

Dokter kata komplikasi cik lelah ni ialah kegagalan pernafasan akut yang membawa maut. Memang tak seserius serangan jantung tapi bila tak dirawat dengan betul atau tak ambil berat boleh mengundang maut. Dokter pesan lagi, rawatan lelah ni bukan pada waktu kena serangan je. Ubat untuk setiap hari pun ada. Senaman ringan jangan tinggal, pantang makan minum dan berhati-hati dengan suhu. Paru-paru tu berharga bukan boleh tukar dengan paru-paru lembu. Kalo boleh memang berjasa besar lah lembu.


credit to blogger


credit to komkare


Aku tau 3 jenis ubat untuk 3 jenis keadaan yang selalu dokter bagi: 

1- Budesonide Inhaler (warna coklat) ni 2x sehari. Pagi dan malam untuk menstabilkan serangan lelah. Rasa memang pahit sikit. Tapi aku ok je. Dah 2 tahun sedut. Ubat ni untuk sape2 yang kerap kena lelah. Ubat ni jenis corticosteroid untuk mencegah lelah, walaupun sihat tetap kena amik juga untuk mengelakkan serangan lelah.

2- Ventolin Evohaler / Asthalin. (warna biru) Brand lain tapi kandungan salbutamol dalam  tu sama je. Ni gas yang sama untuk neb iaitu salbutamol. Tapi inhaler ni lagi mudah dan praktikal dibawa kemana saja. Untuk kanak-kanak lagi mudah.

3- Nebulizer (gas). Ni aku amik bile dah teruk sangat. Pakai neb ni kesanya lagi cepat dan paling terbaik masa kini. Paru-paru tersenyum lebar lepas amik neb. Kandungan gas neb ni tetap salbutamol. Lepas pekena neb ni, layan tidur lah. Hehe :D

Bulan seterusnya, aku pergi lagi klinik tu dan dokter yang aku syok tu tak nak rawat aku sebabnya dia tau aku tak selesa dengan dia. Maka, dokter perempuan je yang amik tender check paru-paru aku. Bagus betul dokter tu. Memahami. Aku memang kurang selesa dengan orang yang hensem2 ni. Tak fokus weyy. Haha. Apa2 pun, terima kasih banyak ye dokter asyik muka aku je yang amik neb dan asyik dapat surat cuti. Hehe.


__________

a minutes with MQA

got a date 3 days early to meet mqa and this is makes me SICK. department requires me to speak in arabic for the interview. basic arabic for sure. but it's goddam hard occay. i know what i am capable of but people still judging me by mine appearance. please knock your head before do something, can you?!!

waiting the q for taslian takes a half of day. crapp i am stuck with this situation again. waiting for something unnecessary makes my swing mood wake up. grrhhh!!!! ok, i am pretanding like everything was great just for my dean n deputy dean, h.o.d and rest of the lecturer. ++ i got smelly chicken on mine  free lunch meal . THANKIES people. Alhamdulillah.

pictures will uploaded later.

kesejahteraan perut semata

ni pelbagai aneka pasta yang ada dalam dunia. ter-google sebab tak pernah tengok. huahahaaa. malas nak upload gambar. klik jela. senang.

http://www.bbc.co.uk/food/tagliatelle


ni strawberry shortcake yang membuatkan kepala aku gile seminggu gara-gara main farmville, untuk kedai kek aku yang dah naik level. maka, dengan ''berat'' jari- jemari ni aku google resepi ni. untuk paling mudah nak fahamkan kepala aku ni, you tube jalan terbaik. kalau baca resepi takde praktikal, memang bertahun la nak faham. =.=




ni lasagna simple. memang sedap. kegilaan nak makan banyak kali angkara paklang belanja makan sebelum nidzam balik asrama kat secret resepi area sekolah nidzam kat PD. pekan ape ntah namanya. lupe pulak.




salad kentang/ potato salad ni teringat waktu sarapan pagi kat water chalet, PD bulan 3 yang lepas. kalau terbayang, boleh terasa dalam tekak dah. giler punya imaginasi!




ni burger basic yang menggiurkan. GILE. aku suka part cheese cair atas daging tu. kalo shoot tuh, pehhh.. memang tempek dalam flickr la jawabnya.




ni cheese cake yang mudah dan senang nak ingat. senang juga nak biakkan lelemak degil ni. haha..



ni lah keje aku bila ke-stress-an tak hilang-hilang. + boring tahap nak menggelupur. selain stalk ;p dan search bende-bende pelik dalam laman sesawang ni. usha barang shop online, layan movie, baca setting dslr, berita online, isu semasa isu bla bla bla..

aku tau sepatutnya aku ni kena hafal 'irab, buat latihan 'irab, baca teks arab, baca surat khabar Ahlan, baca berita sukan arab, buat esei arab, buat terjemahan melayu-arab, arab-melayu, melayu-english-arab, english-arab, english-arab-melayu. baca teori bimbingan & kaunseling, kurikulum sekolah, buat video pendek untuk teknologi pendidikan, usus ta'lim arabiyyah, upgarde skills istima' wa kalam & qiraah wa kitabah dan selesaikan rangka kasar untuk kelab fotografi & multimedia aku tu. pehh.. banyak betul komitmen. ~.-

andai dulu aku amik vet, gerenti tak dapat nak bermain dengan tepung dan gula. tapi, kenapa la aku tak serius amik bakery etc..? haishh maleh betul nak serabut pikir benda ni. ok, aku nak jadi translater sudah. kerja paling senang dan paling mencabar. salah tafsir salah makna salah maklumat, padan muka. haha..

tersentak

jelas menerangkan segalanya. aku tersentak bisu, kelu tanpa sepatah bicara. karya rash rozhams ini nyata menggambarkan situasi aku. bait ini meredakan sedikit demi sedikit kemarahan di jiwa 2 tahun lepas. sekarang kemarahan bertukar kecewa dan kecewa ini pasti akan berpanjangan tanpa sebarang kemaafan ikhlas dan telus daripada mereka. ya, mereka yang prejudis tuli dan buta.


Yang dungu adalah mereka
Cacat serba aneka
Prejudis tuli dan buta
Biarkan sahaja
Kebodohsombongan itu kan percuma
Yang mahal adalah ‘harga diri’ kita
Tak jumpa di pasaran terbuka
Terkunci di kaki syurga
Kita

Persetankan kenyataan dungu
Apa lagi anggapan palsu
Menuduh itu kan percuma
Yang mahal adalah ‘kesusilaan’ kita
Tak jumpa di lelongan pasaraya
Terlekat di pintu bahagia
Kita


swakarya: Rash Rozhams



Fatwa Hati: Yang Mahal Adalah 'Kita': "Adikku, Kau bukakan rahsiamu, satu persatu Dengan sekali paksa, Menelanjangi kesurupan minda Dan resah yang kau simpan dalam dada Yang mur..."

ni link blog rash rozhams. seorang Editor, Translator, Interpretor dan Penulis Lirik yang aku minat hasil penulisanya. mengenali beliau buat pertama kali di laman karya e-sasterawan 2 tahun lepas.

ketagihh?? NO LAH!


ni aku prt sc kan wall fb aku. bhahahahahaaa.. memang gile sesak dengan telur misteri, bushels stoberi la bushels gandum, kayu, paku dan segala nama untuk upgrade kebun tersayang menyemakkan wall aku yang dahulunya hanya untuk sesi ilmiah saja. hehee..

sakit otot-otot kepala memikirkan urusan yang tak sempurna lagi menyebabkan aku start aktif farmville untuk 2/3 minggu ni je. lepas ni dah tak de la nak aktif bagai macam sekarang. ni pun dah bersengkang mata semata tak nak stoberi aku hangus. haha..

oh ye, ada sorang jiran kebun aka makcik inggeris ni add aku semata-mata untuk meriahkan lagi kebun dia. huhu..

sold out! hampehh..




barang yang aku nak dah SOLD OUT! gile. ni la satu masalah bila nak beli secara online. cepat sangat sold out. ceewahh.. cakap macam gaji beribu riban pulak kan. haha. ni la satu penyakit aku bila tension nak mampuih dek tekanan perasaan, aku merayap tengok barang online. target nak beli lomo, tapi... dah habih jual. tu lagi menambahkan kemalasan nak jamu mata secara online. handbag pun dah kena cekup awal-awal. =.=

padahal last date promo isnin ni 8/11. hampehh. handbags yang tinggal semua tak berkenan kat mata. takpelah pakai beg guni jusco lagi baik.