Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Dugaanmu Tuhanku...

Tuhan
mengapa engkau cipta dugaan
untuk menguji hambamu
dugaan engkau beri kepadaku
sedangkan engkau tahu
aku tidak mampu untuk mengharunginya

Tuhanku
tariklah kembali dugaanmu
aku perit menghadapinya

Tuhanku
banyakkah salahku?
sehingga sebegini rupa ujianmu terhadapku.

Tuhanku
aku tidak mampu untuk bersabar
aku lemah.

Tuhanku
jika engkau masih juga ingin aku
menerima dugaanmu
maka
kau tabahkanlah hatiku
kuatkanlah semangatku
cekalkanlah jiwaku

Tuhanku
aku mohon petunjukmu.

[exam mood: stress]






Luahan III

Sahabat
kenapa diri ini selalu dibenci
apa yang telahku lakukan
sehingga mereka membenciku?
Aku benci.
Benci.
Semua benda disekelilingku menjadi pelik
mereka memandangku seperti....
Ah,
Meluat
itu mungkin sesuai.
Sahabat
diriku penuh emosi
penuh protes
aku juga penuh dengan pelbagai persoalan
kenapa kelakuan mereka sangat menjengkelkan?
Sahabat
jawablah soalanku
Aku benci semua ini
Arghh!!! jiwa remajaku sering memberontak.
Sahabat
bantulah aku
aku hilang pertimbangan
hilang rasa hormat.
Aku bukan berlagak sombong aku hanya
kurang mengerti apakah erti sebenar kehidupan.
Mereka.. sahabat
mereka
mereka membenciku
aku juga turut membenci mereka
mereka yang mengajarku
mereka.

[exam mood: stress]


Luahan II


Sahabat
mereka selalu berkata
"kesakitan & keperitan" kerap menjengah
tika ujian perit ini melanda
selalunya ada baiknya.
aku juga yakin disebalik sesuatu itu
pasti ada hikmahnya.
tapi
Aku tetap aku,
aku yakin siapa aku
usahlah mereka menetapkan siapa aku.
Sahabat
aku cukup penat tika ini
ingin saja aku lari,
lari dan terus berlari.
Aku ingin bebas dari semua ini.
Aku bukan manusia pilihan untuk
melalui semua ini.
Sahabat
diriku cukup penat
cukup merana
cukup sakit.
Doktor, tolong beri aku cuti.

[exam mood: stress]


FORGET EVERYTHING & RUNAWAY