senyum seketika 2010

flokeh

brankeh

canon

si putih


sekadar menjamu mata. perlu memperbaiki skill lebih menggila dengan anas azraiee dan cik flickr. haha.. hakikatnya aku belajar sendiri semua setting yang aku nak dan tanya sifu-sifu aku. kalau dapat sifu perempuan senang sikit. hehe.. pasal nak outing shoot gambar je yang belum sempat. lagi-lagi bila naik sem baru ni lagi pack gila jadual aku. hmm.. gamba lagi


subjek sem depan memang sakit. harap aku sihat walafiat. ;D

cebisan pendapat yang disangkal

aku suka memperhatikan kehidupan manusia. ragam yang bergaram dan sebaliknya. ada orang suka gelak, suka cakap kuat-kuat, suka jalan bergerombolan dan ada yang suka buat tak tahu bila bersalah. aku? aku adalah sebaliknya. kadang-kadang, aku boleh naik marah dengan manusia sekeliling aku. aku ni pelik, untuk manusia yang tak berapa kenal aku. aku suka buat apa yang aku suka. apa kau susah? aku suka mood aku yang gila ni. sungguh. orang boleh cakap apa saja, kerana dia mempunyai pendapat sendiri. aku juga. tak percaya? jom berborak.

isu pendapat ni yang aku suka pasang telinga. manusia tu punyai pelbagai personaliti. yang membezakan hanya pendapat berilmu atau tidak. ada kawan bertanya kat aku, macam mana nak kenal lelaki lebih dekat. tapi tu soalan aku tak berminat. kerana aku tak ada masa nak pikir. tambahan, aku ni ego. so, aku blah awal-awal dari terjebak dengan persoalan murahan.

aku amalkan ego bertempat. mungkin lebih sedap lagi, berpendirian. contoh??

(merangkumi masalah kehidupan yang bosan. kelakuan yang sering disangkal)

- suka buat assingment solo. sebab: aku ada masa dan idea aku tersendiri. aku wajar dapat apa yang aku usahakan. aku benci orang bersenang lenang dengan hasil kerja aku w/pon tak seberapa. nak lambat-lambat atau lembab-lembab, ko boleh buat sendiri. aku ada banyak lagi benda lain boleh buat.

- presentation solo. kes sama macam kat atas ni.

- gaya sendiri. aku suka buat hal aku. aku diam, serius, dan nak ketenangan. nak memekak ko boleh masukkan kepala dalam jamban lepas tu jerit la kuat-kuat. nak cakap benda penting biar ikut hukum idzhar halqi. sms biar pendek tapi padat. kalau setakat nak sms tanya benda mengarut memang free kena label ''sial'' dengan aku. aku tak banyak cakap sebab aku malas nak cakap & mungkin takda benda menarik.

- isu lelaki & dunia coupling. isu paling boring sekali nak jawab. kalau nak makan penampar dan cacian lazat silalah bertanya jika aku ni ada pakwe dan seangkatan dengannya. kadang-kadang terfikir, matlamat bila remaja (14-19 ++20-23) ni nak bercinta je ke? tau tak aku ni banyak komitmen. banyak lagi hadith nabi aku tak baca dan tak paham, tu belum lagi bab nak ingat sekali nama-nama ulama' dan apa pendapat-pendapat mereka. al-Quran tu aku tak habis lagi nak hafal, kalau baca tu dah banyak kali khatam, ilmu sorf, nahu, balaghah, mantiq, tasawuf, feqh. ada kau nak amik tahu semua ni?? jawabb

- suka duduk rumah (homely type). suka hati aku la nak terperuk dalam rumah. bosan tau tak dengan karaoke tu, lepak-lepak shopping complex. lainla kalau aku ada masa lebih, baru jalan-jalan dengan kakak, adik n abang aku. kalau dengan members ni leceh la siket. tapi tak lebih daripada 5 jam. semua ni perlukan duit, dan duit sangat bernilai. duit akan hilang nilai bila keluar lepak-lepak dengan nawaitu saja-saja. ++ aku sakit mata bila jalan-jalan kl. maksiat tersebar. takut aku dengan wabak ni. baik aku lepak dengan mak aku sambil borak masalah taska dia.


nak judge aku macam mana rupa, terpulanglah.

bila nak mula ntah

harapan demi harapan setiap hari dan setiap masa, bulan demi bulan bahkan menjangkau tahun. ya, dah 3 tahun. belum lagi usaha-usaha lama yang dirancang bagai menggenggam bara biar menjadi abu tak lagi menampakkan perubahan. mungkin kurang motivasi ke arah itu. hmm..

mungkin perlukan masa lagi,

mungkin perlukan ruang sendiri,

mungkin perlukan ketenangan sejati,

mungkin perlukan minda suci,

mungkin perlukan notebook baru.

haha.. ''mungkin'' yang takkan mula.

percayalah.

im change.. haha




i got my rock moves
and i don't need you.

so what? blah blah blah



****