CORETAN BUATMU SAHABAT !


Assalamualaikum,

Sahabatku **..

Segala kesyukuran kepada Allah, Tuhan yang masih menghidupkan kita hingga ke saat ini, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda.

**..,

Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia, wujud perasaan ingin sayang -menyayangi antara satu sama lain. Saya pasti awak juga sedar yang perasaan ini adalah satu anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Pastinya Allah juga inginkan perasaan yang diberi-Nya itu kembali kepada-Nya yakni Allah juga inginkan supaya hamba-Nya mencintai-Nya dan menyayangi-Nya.


Sayangnya **.., masih ramai yang lalai untuk mengetahui dan memahami hakikat ini, saya juga tidak terkecuali. Saya masih belum dapat merasai kecintaan terhadap Allah sepenuh hati. Saya masih berharap dan berusaha untuk merasai manisnya mencintai Allah seterusnya mendambakan mardhatillah.

**..,
Atas nama seorang sahabat, saya juga menyayangi awak. Bukankah Islam itu adalah agama yang penuh dengan kasih sayang sesama umatnya? Benar, memang saya menyenangi dan gembira bersahabat dengan awak.

Akan tetapi untuk meneruskan hubungan ini ke satu tahap lain bererti kita meletakkan harapan pada sesuatu yang tak pasti, manakala untuk bergerak kearah yang lebih pasti, kita masih terlalu muda; perjalanan dan perjuangan kita masih jauh. Masih banyak yang perlu saya capai dan pelajari sebelum ke arah itu. Saya khuatir seandainya hubungan yang kita bina ini tiada penghujungnya.

Sahabatku,
Melewati perjalanan detik masa ketika ini, saya rasa biarlah hubungan kita masih di batasan sahabat ataupun saudara sesama Islam. Janganlah sesama kita meletakkan harapan yang tinggi dalam hubungan persahabatan kita ini, kerana sesungguhnya kita masih kabur dalam meniti titian kehidupan merentasi edaran masa, pada masa hadapan.

Sahabatmu,
050707, Thursday,
1402 a.m,
~SeR3nE~




4 comments:

unknown said...

iskh..iskh..iskh.. sedehnya sy baca entry kali ni. Tersentuh hati..huhu~~~

Semuanya sy kembalikan pd Allah. Dialah pembantu dan penolong terbaik serta Maha Mengetahui segala apa yg berlaku.

nErD said...

sdri moon,
sy pun sedey tika pena berkerja tanpa sedar. masalah sy yg ble ntah nak selesai!. alhamdulillah kurang sdkt tekanan dr sblm ni.

sy juga begitu sdri moon,
smuanyer sy kembalikan pd Allah. Dialah pembantu n penolong terbaik serta Maha Mengetahui segala apa yg berlaku. begitu jg b'kenaan hati perasaan manusia yg aniq lg daqiq'.

sy t'paksa bencikan semua ni. minta maaf jk siapa yg tidak setuju.
sy rs ia jln plg baik utk tenangkn hati sy jg sahabat sy.
Insya-Allah.

nErD said...

bunga kesukaan sy..
Subhanallah, cantik banget!
sy rase ia seswai ngan sy yg tersangat pecinta alam.

SETUJU???

unknown said...

mane bunga tu...? tak nmpak pn