BFF??

boy friend forever or best friend forever? with S or without S??

macam-macam hal budak sekarang ni. bff la, pakwe sejati la, makwe tersangat cute la. adoii.. hampagas sungguh surename tu. penat la nak dengar. tak suruh dengar pun aku dengar jugak sebab aku ade telinga. lain la aku ni pekak.


1 situasi + 1 dialog : ''mane gang akak? tak kan sorang-sorang je kot?''


mak aihh, pehal la pulak budak ni. aku dah malas nak jawab. blah tros. cuma aku cakap aku nak balik je. buang masa je layan soalan macam tu.

masalah kat sini, aku bukan takde gang ke hape, gang mafia aku kat luar kampus, pe barang lepak dalam kampus. adooiii cik adik manes, pikiaq la sikittt. budak baik macam aku ni, mane main gang2. aku super-personal-person la. kawan pun dengan orang atasan je. muahahaa..

dialog lagi: ''oo.. akak ni mesti tak cakap banyak kan? mesti cakap dengan orang pandai-pandai je kan?''

aku: ''hmmm'' je


dialog lagi: ''yelakan, akak kan family tengku. baru kita ingat.''

aku: hmm.. yelah tu.

dialog lagikkk: ''mesti bff akak kaya-kaya kann?? (intonasi yg cukup menggambarkan budak tu nak sangat cekop family tengku)

aku: '' .............. akak blah dulu la. ade hal sket.'' (padahal nak rumah, nak harverst stoberi aku)

__________________


bff?? (boy friend 4ever) hampes..

kawan yang sekepala dengan aku ciput je, dalam 10 orang. tu pun ade yang dah lost contact. masing terbang luar mesia. pahtu aku lak buat tak tau je, memang la parah. lagi-lagi masa aku kat sekola cerok kampung tu. susah nak cakap. aku ade juga try cari dalam fb, tapi dorang ni bukan jenis lagha macam aku. dorang ni bisness punye kepala. memang susah la nak sentuh fb. lain macam aku, ketagih farmville. hahaha..

ada 4 orang yang aku dapat contact via skype. tu pun aku gatal tangan search nama n nickname dulu-dulu yang dorang selalu pakai. nasibb je tu. lepastu berborak sakan tak ingat ade kelas esok. mentang-mentang kelas start pukul 11, aku layan sampai pukul 3 pagi borak punye pasal. esok memang COMPEM tak pergi kelas. alasan aku, add subjek tak keluar kat portal lagi. memang terbaikk lah. tidooo.....

so, bile dah berbual panjang nauzubillah macam takde full stop, habis semua kenangan dulu terkenang. bukan setakat mengimbau, siap ngumpat-ngumpat manja lagi. hahaha... memang pecah perut.

aku bangga la juga bila kawan-kawan lama aku ni berjaya giler. memang tumpang gembira jela. tu je kot yang mampu. aku ni bukannya ade harta warisan yang makan 20 keturunan tak habis-habis, aku ni biasa, taklah miskin, taklah papa, tak juga kais pagi makan petang, cuma kais berhari-hari makan sebulan. lain denga kawan aku ni, kais pagi makan setahun. dia ni memang bff terbaik. andai aku boleh putar masa.. ceewahh, berangan dah aku.


setakat ni aku lebih suka berkawan penuh makna daripada mencari cinta manusia yang seksa. khelasS$$Sss weii statement. muahahaa..




0 comments: