5 jam kredit je???


so, ni lah subjek aku untuk sem 2. warna biru tu je subjek yang available untuk aku. lagi 2 (warna merah tu) aku dah transfer kredit sem lepas. mungkin ada masalah agaknya bahagian JPA sebab tu still ada kat portal untuk register course aku ni. dah penat nak marah-marah.

maka untuk total credit hour, aku cuma ada 5 jam kredit sedangkan minimum credit hour ialah 9 dan maksimum ialah 24. tindakan sekarang tak lain tak bukan cuma TIDUR je la. sebabnya untuk subjek DPAI aku tu ada masalah takde lecturer walhal subjek tu 3 jam kredit. hmmm... zZZzzz.

cuma gerko je yang available untuk aku menghadirkan diri ke kelas. 5 hari kelas berjalan seperti biasa tapi aku cuma ada 2 hari untuk ke kelas selama 2 jam je. itu pun buat kerja 40% copy paste, 50% pikir sendiri dan 10% s/u yang buat kerja, tapi Tn Hj. Isham kata s/u akan dapat markah lebih hanya kerana kerja menulis/ mencatat minit mesyuarat dan bende ni aku tak setuju. hujah aku ialah, aku kena dapat markah lebih sebab aku yang master mind. aku yang pikir segala aktiviti berdasarkan pengalaman yang ada, aku yang merancang kasar segala benda, yang berhujah panjang juga aku, kenapa bukan aku yang dapat markah lebih?? tolong jawab.. huh, emo dah ni. hahahaha..

minggu depan aku nak tengok samada add subjek aku dah selesai atau belum. dah terlalu banyak kerja individu & group yang dah separuh jalan selesai, aku pulak tak jalan satu ape lagi. cuma gerko tu je lah.

0 comments: