Cik Lelah

credit to flickr
  
Cik lelah ni dah hidup hampr 16 tahun dengan aku.  Kata mak, cik lelah ni menurun. Menurun  ikut salasilah keluarga. Banas, aku dan adik je yang kena.  Arwah atuk ada jugak cik lelah ni, mak takde. Kirenya mak ni pembawa je la. Pakcik aku dan sepupu aku pun kena gak dengan cik lelah ni.  Memang pengikat silaturahim lah cik lelah ni.

Cik lelah ni memang menyusahkan hidup. Sakit paru-paru, susah nafas tu satu hal lah. Kemestian. Yang ‘best’ sikit tu asyik kena pergi klinik amik nebulizer. Kalo bernasib baik, dapat la HO (dokter pelatih) yang hemsem sikit. Kalo setakat pembantu dokter tu memang awal-awal tolak tepi la. Bukan ape, saje nak cuci mata. Huahaha. Tapi kenapa mesti HO bukannya MO?? Hehe.. sape nak yang tua belake kann.. haha. Tapi, MO tak buat keje2 remeh ni dah. Kata naja, MO ni pun ade yang hensem. Haha ape punye taste daa. Bagi aku, MO ni penuh karismatik  sebab tu nampak aumm. Haha. 

Cakap pasal MO (medical officer)ni, waktu sekola menengah kat johor, aku adalah pelawat setia MO kat sana. Yang pasti tu klinik kerajaan la. MO tu pehh.. memang best lah. Islamic style nombor satu. Disebabkan banyak kali muka aku je yang datang sebab nak amik neb, dokter ni  tanyalah aku berkaitan  lelah aku yang makin menjadi-jadi ni. Sambil tu dia serkap jarang aku pasal pantang larang aku. Dah agak dah. Ishh dokter ni sajo jo.

Setelah berbual mesra sebagai seorang dokter dengan pesakit, dokter ni mule lah berceramah panjang lebar pasal cik lelah aku ni. Sebabnya aku sorang je pesakit hari tu. ++ pesakit setiap minggu lagi. Haha. Dokter kata bersungguh-sungguh pada aku supaya aku kenal jenis penyakit aku, ubat apa yang sesuai dengan aku dan paling penting cara control. Sebabnya dia kata, dia tak nak jumpe aku lagi tahun depan. :(

Apa yang aku ingat dan aku paham, cik lelah atau bronchiol asthma juga penyakit alahan seperti allergic rhinitis atau utricaria ni berlaku kerana penyempitan pada salur udara dan berlaku keradangan, dan terdapat lendiran yang pelbagai warna mengikut tahap nazaknya cik lelah ni.


Gejala awal yang terjadi pada aku ialah :

 - bila aku ketawa giler tak ingat dunia (selalunya pasal perangai kucing aku la) lepas tu komfem lelah. Sebab tu aku kurang ketawa.
- tengah malam tetiba dada sakit, sesak nafas dan start wheezing macam mozart.
-susah nak tarik nafas lepas kena round padang untuk panaskan badan sebelum main bola tampar.
-cuaca / suhu badan aku. Ada 1 masa dulu waktu aku tengah basuh pinggan aku boleh sesak nafas. Sebabnya mandi petang tu aku tak basahkan kepala. Jadi suhu badan aku tetiba mendadak naik.


credit to daily mail

Faktor pencetusnya cik lelah ni :

- genetik. tu memang realiti la. 
- alah pada makanan tertentu macam tembikai, nenas, pulut
- angin yang sejuk. (best memang best, tapi...)
- habuk, hama (bantal kena rajin jemur), debunga, haiwan berbulu halus atau berdarah panas macam kucing, anjing, arnab.
- asap rokok, asap bakar sampah, asap motor/ kereta, asap ubat nyamuk, asap kemenyan dan semua jenis asap.
- bahan-bahan kimia yang kuat baunya macam cat, spray nyamuk, spray lipas, spray semut. Pewangi bilik atau kereta macam ambi pure tu pon kena ikut tahap hidung aku ni. Pelembut baju pon ade sebahagian yang aku tak boleh bau. Gam kayu, gam gajah. (ni time dalam bengkel kemahiran hidup waktu fm 3)

Dokter kata komplikasi cik lelah ni ialah kegagalan pernafasan akut yang membawa maut. Memang tak seserius serangan jantung tapi bila tak dirawat dengan betul atau tak ambil berat boleh mengundang maut. Dokter pesan lagi, rawatan lelah ni bukan pada waktu kena serangan je. Ubat untuk setiap hari pun ada. Senaman ringan jangan tinggal, pantang makan minum dan berhati-hati dengan suhu. Paru-paru tu berharga bukan boleh tukar dengan paru-paru lembu. Kalo boleh memang berjasa besar lah lembu.


credit to blogger


credit to komkare


Aku tau 3 jenis ubat untuk 3 jenis keadaan yang selalu dokter bagi: 

1- Budesonide Inhaler (warna coklat) ni 2x sehari. Pagi dan malam untuk menstabilkan serangan lelah. Rasa memang pahit sikit. Tapi aku ok je. Dah 2 tahun sedut. Ubat ni untuk sape2 yang kerap kena lelah. Ubat ni jenis corticosteroid untuk mencegah lelah, walaupun sihat tetap kena amik juga untuk mengelakkan serangan lelah.

2- Ventolin Evohaler / Asthalin. (warna biru) Brand lain tapi kandungan salbutamol dalam  tu sama je. Ni gas yang sama untuk neb iaitu salbutamol. Tapi inhaler ni lagi mudah dan praktikal dibawa kemana saja. Untuk kanak-kanak lagi mudah.

3- Nebulizer (gas). Ni aku amik bile dah teruk sangat. Pakai neb ni kesanya lagi cepat dan paling terbaik masa kini. Paru-paru tersenyum lebar lepas amik neb. Kandungan gas neb ni tetap salbutamol. Lepas pekena neb ni, layan tidur lah. Hehe :D

Bulan seterusnya, aku pergi lagi klinik tu dan dokter yang aku syok tu tak nak rawat aku sebabnya dia tau aku tak selesa dengan dia. Maka, dokter perempuan je yang amik tender check paru-paru aku. Bagus betul dokter tu. Memahami. Aku memang kurang selesa dengan orang yang hensem2 ni. Tak fokus weyy. Haha. Apa2 pun, terima kasih banyak ye dokter asyik muka aku je yang amik neb dan asyik dapat surat cuti. Hehe.


__________

1 comments:

Anonymous said...

Syukran