kesejahteraan perut semata

ni pelbagai aneka pasta yang ada dalam dunia. ter-google sebab tak pernah tengok. huahahaaa. malas nak upload gambar. klik jela. senang.

http://www.bbc.co.uk/food/tagliatelle


ni strawberry shortcake yang membuatkan kepala aku gile seminggu gara-gara main farmville, untuk kedai kek aku yang dah naik level. maka, dengan ''berat'' jari- jemari ni aku google resepi ni. untuk paling mudah nak fahamkan kepala aku ni, you tube jalan terbaik. kalau baca resepi takde praktikal, memang bertahun la nak faham. =.=




ni lasagna simple. memang sedap. kegilaan nak makan banyak kali angkara paklang belanja makan sebelum nidzam balik asrama kat secret resepi area sekolah nidzam kat PD. pekan ape ntah namanya. lupe pulak.




salad kentang/ potato salad ni teringat waktu sarapan pagi kat water chalet, PD bulan 3 yang lepas. kalau terbayang, boleh terasa dalam tekak dah. giler punya imaginasi!




ni burger basic yang menggiurkan. GILE. aku suka part cheese cair atas daging tu. kalo shoot tuh, pehhh.. memang tempek dalam flickr la jawabnya.




ni cheese cake yang mudah dan senang nak ingat. senang juga nak biakkan lelemak degil ni. haha..



ni lah keje aku bila ke-stress-an tak hilang-hilang. + boring tahap nak menggelupur. selain stalk ;p dan search bende-bende pelik dalam laman sesawang ni. usha barang shop online, layan movie, baca setting dslr, berita online, isu semasa isu bla bla bla..

aku tau sepatutnya aku ni kena hafal 'irab, buat latihan 'irab, baca teks arab, baca surat khabar Ahlan, baca berita sukan arab, buat esei arab, buat terjemahan melayu-arab, arab-melayu, melayu-english-arab, english-arab, english-arab-melayu. baca teori bimbingan & kaunseling, kurikulum sekolah, buat video pendek untuk teknologi pendidikan, usus ta'lim arabiyyah, upgarde skills istima' wa kalam & qiraah wa kitabah dan selesaikan rangka kasar untuk kelab fotografi & multimedia aku tu. pehh.. banyak betul komitmen. ~.-

andai dulu aku amik vet, gerenti tak dapat nak bermain dengan tepung dan gula. tapi, kenapa la aku tak serius amik bakery etc..? haishh maleh betul nak serabut pikir benda ni. ok, aku nak jadi translater sudah. kerja paling senang dan paling mencabar. salah tafsir salah makna salah maklumat, padan muka. haha..

0 comments: